Assalamualaikum,
Dah brape hari akak tak update blog. Mcm2 masalah letli. Balik dr tgk Abg Nuar nyanyi, pakcik akak sakit pulak. So ke Kuantan tgk beliau. Alhamdulillah dah bertambah baik. Cuma masih belom mampu uruskan diri sendiri. Mudah2an Allah bg beliau peluang utk terus sehat. Masalah diri sendiri lagi. Seddeehh.
Akak dgn BFF akak dah berpatah arang berkerat rotan dgn 3 menkarung jadian. BFF akak perasan yg sejak kita tak geng ngan mengkarung jadian tu hidup kitaorg dah aman. Akak ngan BFF akak dah kurang bertegang urat. Entah, akak tak perasan. KAHKAHKAH. Dah habis kesah mengkarung, ingatkan akak dah boleh feeling2 menunggu hari bahagia. Rupa nya tidak uols. Mari kita serius sikit ye. Akak now mood sgt serius. :| Akak stori sikit pasal kawan akak si Tipah. Kak Tipah ngan Abg Manap selisih faham yg membawak kepada sesi benci membenci dan maki memaki. Sbb Kak Tipah sedar yg beliau bersalah, maka Kak Tipah dgn rendah hati dan penuh sesalan memohon maaf. Tp Abg Manap ni mati2 takmo maafkan. Setelah dipujuk dirayu dgn janji akan berubah serta tidak mendatangkan amarah abg manap, maka abg manap bersetuju utk memberi kak tipah peluang, yg mana peluang yg takde tarikh luput. Tp kan, setelah beberapa purnama berlalu, kak tipah tak nampak langsung peluang apakah itu. Nama kasi peluang, tp apa pun tak boleh. So kak tipah mengesyaki bahawa abg manap sbnrnya tak sygkan beliau lagi. So nak terus terang tak sampai hati sbb kak tipah dgn abg manap dah 10 taun, pernah saling menyanyangi dan berjanji sehidup semati. Nanti kalo buang kak tipah begitu saja mcm sampah, tentunya org akan mengeji abg manap tidak bertanggungjawab. Jadi abg manap yg bijak bistari ni kasi la kak tipah peluang yg takde tarikh luput ni tadi. Tp bila abg manap dah set kat kepala dia yg dia sbnrnya mmg dah taknak ngan kak tipah, maka takkan nampak la perubahan yg kak tipah buat. Yg dia nampak adalah yg buruk buruk dan buruk. Bukan akak nak mengungkit, masa abg manap susah, dgn kak tipah la beliau luahkan segala, susah bersama la pendek kata. Kak tipah tak putus2 berdoa semoga rezeki beliau berdua murah. Pantang dengar kawan2 pegi Umrah, pasti kak tipah titipkan doa, agar abg manap murah rezeki. Kuasa Allah, berkat doa abg manap dapat kerja baru yg boleh tahan gajinya. Kerja baru memaksa abg manap meninggalkan kak tipah dgn janji yg mcm2. Dgn linangan air mata kak tipah relakan semua nya, bila abg manap yakinkan kak tipah yg walau apa pon terjadi kak tipah tidak akan disia siakan. Tp uolss, yg ada hanya air mata. Kecewa dan luluhnya hati kak tipah hanya ALLAH yg tau. Tp kan, akak sgt pelik dgn kak tipah, walau mcm mana pon abg manap buat, maki la mcm mana pon, hati kak tipah takde sekelumit pon rasa benci. Entah la, akak taknak campor hal dorang, tp akak kesian kat kawan akak. Kita hanya mampu doa aje buat masa skrg. Kena ingat jgk la kan yg kita ni hidup bukan selama menongkat langit. Selagi tak kena batang hidung sendiri kita boleh la ckp mcm2. Ok bai.
No comments:
Post a Comment