Friday, 27 April 2012

Lelaki Ini

Assalamulaikum...
Dah lama akak memasang angan2 nak bertentang mata dgn lelaki ini. Rasanya semorang sukakan dia. Akak suka dia sgt2. So besok impian bakal jadi kenyataan bila kawan akak si Jah yg  hot tu nak bawak akak jumpa dia. Besok kat Melaka, sempena seketeri week lelaki ini yg akan menghiburkan pembeli tiket :). Akak teruja sgt2. Rasa lagi teruja dr dating pertama kali dgn Abg Manap Mr. Bront akak. Harap sgt dapat bersalam n bergambar ngan dia. Nanti kalo dapat, akak share kat sini yek. Many2 thanks to my kesayangan Jah yg dapatkan akak tiket. Love u jah.

Lelaki ini versi rambut panjang
Manis!





Thursday, 26 April 2012

Mangga

Assalamualaikum...
Semalam, mak boss akak kirim mangga 3 bijik. Alhamdulillah. Mak boss tuh yg kirim, korang ada? Hahaha. Manis, lemak dan tentunya enak skali. Akak ni cerewet sgt bab mangga ni. Sbb byk sgt terkena mangga masam. 
Foto from my DSLR. Lahh sgtt. Hahaha

Tuesday, 24 April 2012

Ummie Tipah :)

Assalamualaikum...
Wahhh tajukkk. Akak feeling2 jadik mak uols. Wpon belom punya anak sendiri, anak tiri kawan2, akak anggap mcm anak sendiri. Anak buah akak sudah tentu lah kann. Ada anak2 kawan akak yg akak rapat. Mcm kawan skolah akak dulu, (best fren akak masa anak dara sunti, muda remaja) jumpa balik kat Fesbuk. Raya thn lepas kita jumpa. Pernah jumpa masa reunion 2003, tp masa tu anak2 masih kecik. Last year jumpa anak2 dah jadik anak teruna. Hensem2 belaka. Dah jumpa tu jatuh syg dgn sikap budak2 tu yg sgt mesra, sporting. Along n Adik. Auntie always miss anak teruna auntie yg berdua ni. Nanti ada peluang kita jumpa lagi.
Along with Mama
Mama with adik

Along n Adik. Cilok dr album mama @ fb :)


Miss both of u
Yg tudung kuning tu adik my best fren. Masa skolah dulu, adik ni kecik sgt lagi. Now dah jadik mommy. Satu hari, kita lepak2 bertiga, gossip2 yek. :p

Yg baju biru ni, mommy dia yg tudung kuning kat atas tu. Miss budak ni jgk
Paling menyayat hati terharu bila anak teruna my BFF call akak Ummie. Rasa mcm nak menitik air mata pon ada. Terus akak feeling2 mak uols. Hahahaha. My BFF merangkap sahabat dr syurga akak. Bergaduh mcm mana, bertekak berminggu minggu, akhirnya berbaik jgk. Kita dah janji yg apa pon jadik, kita akan kekal sebagai sahabat sampai mati. :)

My darling Hadyff

My Farizz n Hadyff
Gambar sumer cilok dr fb dorang :p
   



"Gombak Rinduuu"

Assalamualaikum...
Akak rindu Bront Palare akak. Tp dia kata dia mcm Ferhad. Huhuhu. Ferhad la sgt. Ferhad kot mana pon akak tak tau. Tang kulit letteww. :p. Semoga kesabaran ini memulihkan, mengeratkan, membahagiakan hubungan terlarang kaseh akak ngan Mr Bront akak. Ada rezeki, umur panjang akak ngan BFF akak plan pegi Bangkok ujung tahun ni. Harus la akak nak bawak Bront akak. 
Hensem giler. TQ Gugel


Ha ah la ada iras :p
Akak rindu nak breakfast kat Mekdi, rindu nak makan nasik arab, rindu nak lepak2 makan kuaci. Rindu nak beraktiviti berdua mcm yg lepas2. Tgk wayang seminggu 3x. Really2 miss. Takpe, Mr Bront akak pegi cari rezeki. Utk akak jgk khenn. 

Mengidam :(

Feveret time Mr Bront n akak MC :p
Pstt: Really miss ur smile, ur sweet voice

Tuesday, 17 April 2012

Wan Maimunah

Assalamualaikum uols,
Wahhh tajuk, retis gittew. Ada apa dgn Wan Maimunah? Akak minat dia ok. Sgt minat. Bawak la watak apa, pasti meletops! Watak sedih? Siap la merembes air mata, air idung. Kalo watak jahat, mak tiri ke apa, mesti benci nak mampos tgk. Apsal pulak tetiba ingat kat Kak wan kite ni, ni sbb Anugerah Bintang Popular baru2 ni dia jadik penyampai award. Kerlasss sgt topi dia uols. BFF akak siap sms suruh akak tgk. Katanya nak beli topi cenggitu supaya senang bila berjumpa org yg kita menyampah. Org tu duk belah kiri, kita pusing topi belah kiri. Begitu le sebaliknya. Teringat la dia bawak watak pompuan tua kawen muda. Laki dia Rosyam noor. Mcm mana dia nasik kangkangkan laki dia uols. Takut okeh. 

Puas akak gugel, ini ajek yg dapat. Tgk topi dia. Kerlass kan

Sunday, 15 April 2012

Battery Kembung

Gugel
Assalamualaikum uols,
Bila dah ada belog, ahkak nih ada penyakit malas pulak. Masa blog lama kena delete, sebok nak berblog. Ate guane. Nih akak nak citer pasal kesukaan akak yg baru. Dulu2 sebut ajek yogurt terus muka jadik ketat. Nak terbelahak pon ada bila disua yogurt. Yogurt yg akak boleh telan cuma lah eskrim kat tuti fruti yg cekik darah mahal nak mampos tp sedap kugagahkan jua membeli. Mcm mana ahkak boleh jatuh cinta? Bermula dr kes battery BB ahkak kembung uols. Pasal bateri tuh akak citer komdian yek. Lepas dpt bateri, akak singgah kedai nak beli air. Tp terfikir nak beli air yogurt sbb akak ada masalah berak dah 2 hari. Tp takde pulak air tu. So nak taknak kena beli yogurt yg pekat tu. Takde pilihan uols. Dlm hati dah set, sedap ke tidak, wajib telan. Sekali uolss, sedapppp sgt2. Terus rasa menyesal beli sebekas. Hahahaha.

Ni ler rupe yg akak beli perstime tu.
Hasilnya semalam akak memborong mcm2 jenis yogurt uols. Pelik sgt kenapa lah baru skrg suka benda alah ni. Now hari2 mesti at least dua bekas akak bedal. So lepas ni  harap2 akak takde masalah berak lagik. :p
Yg ni akak beli

Yg ni akak hangkut 2

Ini jgk

Dapat yg ni boleh klimax :p