Wednesday, 23 May 2012

Dunia belom berakhir

Assalamualaikum uols,
Akhir nya setelah melalui pahit maung sebuah hubungan lebih kurang 10 tahun,
Abg Manap dgn K.Tipah berpisah jua. Sudah takdirNYA begitu. Telah tersurat
di loh mahfuz. Semoga semua nya akan baik2 saja selepas ini. Kepada DIA kita
serahkan segalanya. Tentunya ini bukan lah pengakhiran sebuah kehidupan.
Tidak guna bersedih, merintih. Hidup mesti diteruskan.

Sunday, 20 May 2012

Zaman muda

Assalamualaikum...
Semua org akan melalui fasa yg berubah ubah dalam kehidupan. Yg dah berumur mcm akak ni tp menten muka takde garis2 halus penah lalui zaman gemilang usia remaja aka zaman anak dara. Akak di zaman sekolah bukan lah murid kesayangan chekgu2. Masa skolah rendah ye, sbb masa tu akak budak baik. 
Dah duduk asrama tu lain pulak kesah nya. Apa yg akak n geng tak buat? Sbb tu bila akak jadik chekgu, akak tau sgt budak2 punya perangai. Meniru time exam? Ponteng kelas, kluar asrama sorok2,
kluar bandar senyap2 korang sebut ajek. Tinggal lagi akak tak penah kong ajar ngan chekgu. Maksud akak tak melawan la ckp chekgu. Tp tak buat keje skolah adalah biasa. Pegi skolah bawak buku utk subjek yg chekgu nya garang saje. Like mcm Teacher Rukumani masa akak form 4. Garang nak mampos, tp buku dia la yg paling cantik, sbb akak takot. Itu belom lagi peristiwa selongkar dewan makan rembat segala beskot, tgk tivi time study. Kena denda? Alah bisa tegal biasa. Kita penah kena denda ramai2 mendengar ceramah dr 9pm-5am kalo tak salah yg masa esok nya adalah skolah. Korang ada?? Penah kena denda cuci kolah yg besar gedabak tepi padang. Perghh nostalgia dowhhh. 


Akak masa skolah rendah. :)
Chekgu tu nama dia Chekgu Jamaludin. Ingat lagi, dia dtg skolah naik beskal. Cikgu dulu2 kan, dulu2 gubesar jek ada kereta. Kat mana la agaknya chekgu tu skrg.

Nih masa form 4
Sambung lain kali la uols, akak takde mood. Ok bai

Saturday, 19 May 2012

Trauma

Assalamualaikum...
Uols, last week akak saksikan depan mata mcm mana sorang wanita tua diragut.Ya Allah, sumpah akak menggigil. Nak kata trauma tu tak la, tp akak asyik tingat jek kejadian tu. Dah la akak ngan peragut tu dalam 2 meter jek. Mmg nampak jelas sgt2 muka peragut durjana. Kesah nya petang, akak baru keluar opis, dlm pukol 6 masa tu. Elok jek kluar, akak nampak pemuda satu motor naik berdua. Akak ingat kan dorang sesat n benti nak tanya jalan. Rupanya nak meragut uols. Sepantas kilat jek rantai leher pompuan india tu kena ragut. Peragut siap pandang akak n cakap DIAMMMMMM!!! Dah mmg akak diam pon, menggigil. Nak jerit pon  tak boleh. Tak terkata. Mangsa ragut pon diam ajek. Kesian akak tgk kan. Moga2  la hamjadah dua ekor tu sedar la apa yg dorang buat tu salah. Takde kaya nye dapat hasil dgn meragut. Sama la jgk dgn org yg bila susah sama2, sama2 share segala, bila dah senang berambus mcm tu ajek. Mana nak dtg keberkatan idup kan uolssAkak ingat lagi dorang naik motor kaler biru. Org melayu kita uolss. Seddeh kannn. 


Macam ni la lebeh kurang bentuk n kaler motor tu

Friday, 11 May 2012

Tart Sekundang

Assalamualaikum,
Semalam akak telah membeli 2 bekas tart sekundang nih. Kecik2, comel2 ajek. Inti secuit. Tp akak suke.Kena dgn tekak akak, sbb  tak terlalu manis. Sebekas 10 hengget jek. Murah kan. Ini pertama kali aku tau wujudnya tart sekundang ni. Akak beli online. Kebetulan masa tu kat fb, akak nampak kawan akak mengelike kat foto tart ni. Di tulis situ di jamin sedap. So akak cepat2 ambik no hp n pantas mengecall. Besok nya dia hantar. Kalo tak salah nama nya Cik Fie. Tadi akak cari2 dah tak jumpa dah gambar tu. Mujur la akak ada simpan no hp dia. So raya nanti boleh la order. 

Patutnya atas tu ada cengkih, tp akak takmo. Tak suke rasa cengkih tu
Rupa nya akak je yg baru tau kewujudan tart ni. Gile akak ketinggalan. Sekali akak gugel tak sekundang, baru akak tau yg tart ni dah lama ada kat pasaran.

Versi ada cengkih-gugel


Versi ceri merah-gugel


Versi ceri ijau-gugel

Kacang pon ada