Wednesday, 23 May 2012

Dunia belom berakhir

Assalamualaikum uols,
Akhir nya setelah melalui pahit maung sebuah hubungan lebih kurang 10 tahun,
Abg Manap dgn K.Tipah berpisah jua. Sudah takdirNYA begitu. Telah tersurat
di loh mahfuz. Semoga semua nya akan baik2 saja selepas ini. Kepada DIA kita
serahkan segalanya. Tentunya ini bukan lah pengakhiran sebuah kehidupan.
Tidak guna bersedih, merintih. Hidup mesti diteruskan.

Sunday, 20 May 2012

Zaman muda

Assalamualaikum...
Semua org akan melalui fasa yg berubah ubah dalam kehidupan. Yg dah berumur mcm akak ni tp menten muka takde garis2 halus penah lalui zaman gemilang usia remaja aka zaman anak dara. Akak di zaman sekolah bukan lah murid kesayangan chekgu2. Masa skolah rendah ye, sbb masa tu akak budak baik. 
Dah duduk asrama tu lain pulak kesah nya. Apa yg akak n geng tak buat? Sbb tu bila akak jadik chekgu, akak tau sgt budak2 punya perangai. Meniru time exam? Ponteng kelas, kluar asrama sorok2,
kluar bandar senyap2 korang sebut ajek. Tinggal lagi akak tak penah kong ajar ngan chekgu. Maksud akak tak melawan la ckp chekgu. Tp tak buat keje skolah adalah biasa. Pegi skolah bawak buku utk subjek yg chekgu nya garang saje. Like mcm Teacher Rukumani masa akak form 4. Garang nak mampos, tp buku dia la yg paling cantik, sbb akak takot. Itu belom lagi peristiwa selongkar dewan makan rembat segala beskot, tgk tivi time study. Kena denda? Alah bisa tegal biasa. Kita penah kena denda ramai2 mendengar ceramah dr 9pm-5am kalo tak salah yg masa esok nya adalah skolah. Korang ada?? Penah kena denda cuci kolah yg besar gedabak tepi padang. Perghh nostalgia dowhhh. 


Akak masa skolah rendah. :)
Chekgu tu nama dia Chekgu Jamaludin. Ingat lagi, dia dtg skolah naik beskal. Cikgu dulu2 kan, dulu2 gubesar jek ada kereta. Kat mana la agaknya chekgu tu skrg.

Nih masa form 4
Sambung lain kali la uols, akak takde mood. Ok bai

Saturday, 19 May 2012

Trauma

Assalamualaikum...
Uols, last week akak saksikan depan mata mcm mana sorang wanita tua diragut.Ya Allah, sumpah akak menggigil. Nak kata trauma tu tak la, tp akak asyik tingat jek kejadian tu. Dah la akak ngan peragut tu dalam 2 meter jek. Mmg nampak jelas sgt2 muka peragut durjana. Kesah nya petang, akak baru keluar opis, dlm pukol 6 masa tu. Elok jek kluar, akak nampak pemuda satu motor naik berdua. Akak ingat kan dorang sesat n benti nak tanya jalan. Rupanya nak meragut uols. Sepantas kilat jek rantai leher pompuan india tu kena ragut. Peragut siap pandang akak n cakap DIAMMMMMM!!! Dah mmg akak diam pon, menggigil. Nak jerit pon  tak boleh. Tak terkata. Mangsa ragut pon diam ajek. Kesian akak tgk kan. Moga2  la hamjadah dua ekor tu sedar la apa yg dorang buat tu salah. Takde kaya nye dapat hasil dgn meragut. Sama la jgk dgn org yg bila susah sama2, sama2 share segala, bila dah senang berambus mcm tu ajek. Mana nak dtg keberkatan idup kan uolssAkak ingat lagi dorang naik motor kaler biru. Org melayu kita uolss. Seddeh kannn. 


Macam ni la lebeh kurang bentuk n kaler motor tu

Friday, 11 May 2012

Tart Sekundang

Assalamualaikum,
Semalam akak telah membeli 2 bekas tart sekundang nih. Kecik2, comel2 ajek. Inti secuit. Tp akak suke.Kena dgn tekak akak, sbb  tak terlalu manis. Sebekas 10 hengget jek. Murah kan. Ini pertama kali aku tau wujudnya tart sekundang ni. Akak beli online. Kebetulan masa tu kat fb, akak nampak kawan akak mengelike kat foto tart ni. Di tulis situ di jamin sedap. So akak cepat2 ambik no hp n pantas mengecall. Besok nya dia hantar. Kalo tak salah nama nya Cik Fie. Tadi akak cari2 dah tak jumpa dah gambar tu. Mujur la akak ada simpan no hp dia. So raya nanti boleh la order. 

Patutnya atas tu ada cengkih, tp akak takmo. Tak suke rasa cengkih tu
Rupa nya akak je yg baru tau kewujudan tart ni. Gile akak ketinggalan. Sekali akak gugel tak sekundang, baru akak tau yg tart ni dah lama ada kat pasaran.

Versi ada cengkih-gugel


Versi ceri merah-gugel


Versi ceri ijau-gugel

Kacang pon ada
     

Thursday, 10 May 2012

Mengkarung Jadian

Assalamualaikum...
Ni kesah mengkarung jadian pulak uols. Akak skrg dah lega sgt dah sbb tak payah hadap org2 yg bermuka16 aka Menkarung Jadian ni. Itu lah kan, kalo takat kenal kat alam maya aka fesbuk ni, tak payah la nak baik sgt. Tak kira la menkarung2 tu femes se Malaya skalipon. Buat biasa2 suddehh. Bila dah baik sgt, haaa mcm ni la jadik nya. Kalo dah bergaduh mmg takde chans la nak baik2 balik. Kalo gaduh adik beradik, org tua2 kata carik2 taik bulu ayam, lama2 bercantum jg. Kalo gaduh ngan org luar, mmg sampai sudah la buat hal sendiri. Menkarung ni sumer ada 3 ekor. Akak nama kan TB, PB n TT. FYI TB nih bukan Korset Premium Beutiful tu okeh. Hahahaha. Yg TB nih pemes 1 Malaya. Sgt baik ke menunjuk baik akak kurang pasti. Masa mula2 kenal, akak rasa mcm baik, tp dah lama2 mcm menunjuk baik. Kalo dia, apa pon boleh. Kalo org lain, mesti nampak ajek kurang, mesti nampak tak elok di mata dia. Dia up status anak dia selang 16 minit org lain tak ckp apa, kena org lain yg buat, habis la dia kondem. Akak pulak perati jek. Mentang2 dia fofular, apa dia betul semua ke? Pelis la.
Bila dia bohong, dia kata dia bohong bersebab. Bila dia mengumpat, dia kata bersebab. Dah mcm maksum pulak khennn. Sekali kena sedas ngan BFF akak, terus senyap sampai skrg. Legaa akak. Kalo tak makan hati uolss. Yg PB pulak jenis iyekan ajek si TB. Bak kata BFF akak, kalo letak senapang kat dahi pon dia sanggup demi kakak dia si TB tu. Sgt "aku yg menurut perintah" dia ni taww. Yg si TT tu pulak ala2 tak sehat. Ada sejarah silam kata nya. Akak tak pasti sgt la. Tp yg pasti dia sgt dengkikan kitorang, sbb dia takde kawan.Mana nak dtg kawan kalo bila bercakap ngan org asyik sebut pasal laki dia ajek. Mcm dia ajek yg berlaki.
Now dah sebulan berlalu, akak mcm dah tak pedulikan dah ngan dorang. But dorang masih lagi ingin berbaik n siap ckp sanggup bg kitorang peluang, sanggup maafkan kitorang. Eh, helloooooo dlm drama ni sape yg salah?? So bila dah terkena, baik lah kita hati2. Biar lah kawan ada 5 org ajek, tp lima2 tu menyenangkan hati drpada ada 5000 dlm list, tp yg lain tu mengata kat belakang dan yg depan2 tu cuma ambik hati ajek tak berani cakap yg benerr. Nih TB punya fren list la. Hahahaha. Ok bai

Kepala segala menkarung aka Chip inspekter


Mengkarung polka dot yg punya sejarah silam



Mengkarung Pekak

Tuesday, 8 May 2012

Kak Tipah stress

Assalamualaikum,
Dah brape hari akak tak update blog. Mcm2 masalah letli. Balik dr tgk Abg Nuar nyanyi, pakcik akak sakit pulak. So ke Kuantan tgk beliau. Alhamdulillah dah bertambah baik. Cuma masih belom mampu uruskan diri sendiri. Mudah2an Allah bg beliau peluang utk terus sehat. Masalah diri sendiri lagi. Seddeehh. 
Akak dgn BFF akak dah berpatah arang berkerat rotan dgn 3 menkarung jadian. BFF akak perasan yg sejak kita tak geng ngan mengkarung jadian tu hidup kitaorg dah aman. Akak ngan BFF akak dah kurang bertegang urat. Entah, akak tak perasan. KAHKAHKAH. Dah habis kesah mengkarung, ingatkan akak dah boleh feeling2 menunggu hari bahagia. Rupa nya tidak uols. Mari kita serius sikit ye. Akak now mood sgt serius. :| Akak stori sikit pasal kawan akak si Tipah. Kak Tipah ngan Abg Manap selisih faham yg membawak kepada sesi benci membenci dan maki memaki. Sbb Kak Tipah sedar yg beliau bersalah, maka Kak Tipah dgn rendah hati dan penuh sesalan memohon maaf. Tp Abg Manap ni mati2 takmo maafkan. Setelah dipujuk dirayu dgn janji akan berubah serta tidak mendatangkan amarah abg manap, maka abg manap bersetuju utk memberi kak tipah peluang, yg mana peluang yg  takde tarikh luput. Tp kan, setelah beberapa purnama berlalu, kak tipah tak nampak langsung peluang apakah itu. Nama kasi peluang, tp apa pun tak boleh. So kak tipah mengesyaki bahawa abg manap sbnrnya tak sygkan beliau lagi. So nak terus terang tak sampai hati sbb kak tipah dgn abg manap dah 10 taun, pernah saling menyanyangi dan berjanji sehidup semati. Nanti kalo buang kak tipah begitu saja mcm sampah, tentunya org akan mengeji abg manap tidak bertanggungjawab. Jadi abg manap yg bijak bistari ni kasi la kak tipah peluang yg  takde tarikh luput ni tadi. Tp bila abg manap dah set kat kepala dia yg dia sbnrnya mmg dah taknak ngan kak tipah, maka takkan nampak la perubahan yg kak tipah buat. Yg dia nampak adalah yg buruk buruk dan buruk. Bukan akak nak mengungkit, masa abg manap susah, dgn kak tipah la beliau luahkan segala, susah bersama la pendek kata. Kak tipah tak putus2 berdoa semoga rezeki beliau berdua murah. Pantang dengar kawan2 pegi Umrah, pasti kak tipah titipkan doa, agar abg manap murah rezeki. Kuasa Allah, berkat doa abg manap dapat kerja baru yg boleh tahan gajinya. Kerja baru memaksa abg manap meninggalkan kak tipah dgn janji yg mcm2. Dgn linangan air mata kak tipah relakan semua nya, bila abg manap yakinkan kak tipah yg walau apa pon terjadi kak tipah tidak akan disia siakan. Tp uolss, yg ada hanya air mata. Kecewa dan luluhnya hati kak tipah hanya ALLAH yg tau. Tp kan, akak sgt pelik dgn kak tipah, walau mcm mana pon abg manap buat, maki la mcm mana pon, hati kak tipah takde sekelumit pon rasa  benci. Entah la, akak taknak campor hal dorang, tp akak kesian kat kawan akak. Kita hanya mampu doa aje buat masa skrg. Kena ingat jgk la kan yg kita ni hidup bukan selama menongkat langit. Selagi tak kena batang hidung sendiri kita boleh la ckp mcm2. Ok bai.

Wednesday, 2 May 2012

An Evening With Anuar Zain


 Assalamualaikum...
Kesempatan bertemu n menyaksikan Anuar Zain depan mata boleh mengundang histeria uols. Happy sgt2. Dah la suara sedap, hensem pulak tu. Cara bercakap pon alahai, boleh goyah perasaan. Akak dah mula rasa dlm hati, yg hati akak dah konpius, Anuar Zain ke Abg Manap Mr. Bront akak. KAHKAHKAH. 
The tiket. Many2 thanks to Jah aka Aflieza Arshad :)



No Meja akak uols :)
Mcm ni punya rupa, mau tak histeria...


Malam tu takde byk sgt pon lagu yg dia nyanyi. Akak paling suke time dia nyayi lagu " Kau Bunga Cintaku". Sblm ni takde la lagu tu akak peveret sgt. Lepas dah dgr, tgk live depan mata terus jadik peveret. Hahaha.

Yg menyanyi penuh perasaan, yg menengok apatah lagi



Korang tak rasa dia pandang korang??
Pengacara mejelis ni adalah Nabil ngan Sharifah Shahira. Nabil sgt lawak. Sharifah Shahirah sumpah sgt lawa kat luar ok. Ada jugak dia jemput raja lawak yg latest. Kump Shiro. Sumpah tak kenal. Maklum le umah akak takde estro. :). Elok ajek abis nyanyi Jah ajak akak ikot dia ke PC pulak uols. Kalo tak ikot dia PC, tak merasa la akak nak pelok lengan Anuar Zain. :p. 

PC time. Nampak subang sebelah tu le Jah :)


Kawan akak, Tipah Gebu. Suker sgt taww
JAH






Friday, 27 April 2012

Lelaki Ini

Assalamulaikum...
Dah lama akak memasang angan2 nak bertentang mata dgn lelaki ini. Rasanya semorang sukakan dia. Akak suka dia sgt2. So besok impian bakal jadi kenyataan bila kawan akak si Jah yg  hot tu nak bawak akak jumpa dia. Besok kat Melaka, sempena seketeri week lelaki ini yg akan menghiburkan pembeli tiket :). Akak teruja sgt2. Rasa lagi teruja dr dating pertama kali dgn Abg Manap Mr. Bront akak. Harap sgt dapat bersalam n bergambar ngan dia. Nanti kalo dapat, akak share kat sini yek. Many2 thanks to my kesayangan Jah yg dapatkan akak tiket. Love u jah.

Lelaki ini versi rambut panjang
Manis!





Thursday, 26 April 2012

Mangga

Assalamualaikum...
Semalam, mak boss akak kirim mangga 3 bijik. Alhamdulillah. Mak boss tuh yg kirim, korang ada? Hahaha. Manis, lemak dan tentunya enak skali. Akak ni cerewet sgt bab mangga ni. Sbb byk sgt terkena mangga masam. 
Foto from my DSLR. Lahh sgtt. Hahaha

Tuesday, 24 April 2012

Ummie Tipah :)

Assalamualaikum...
Wahhh tajukkk. Akak feeling2 jadik mak uols. Wpon belom punya anak sendiri, anak tiri kawan2, akak anggap mcm anak sendiri. Anak buah akak sudah tentu lah kann. Ada anak2 kawan akak yg akak rapat. Mcm kawan skolah akak dulu, (best fren akak masa anak dara sunti, muda remaja) jumpa balik kat Fesbuk. Raya thn lepas kita jumpa. Pernah jumpa masa reunion 2003, tp masa tu anak2 masih kecik. Last year jumpa anak2 dah jadik anak teruna. Hensem2 belaka. Dah jumpa tu jatuh syg dgn sikap budak2 tu yg sgt mesra, sporting. Along n Adik. Auntie always miss anak teruna auntie yg berdua ni. Nanti ada peluang kita jumpa lagi.
Along with Mama
Mama with adik

Along n Adik. Cilok dr album mama @ fb :)


Miss both of u
Yg tudung kuning tu adik my best fren. Masa skolah dulu, adik ni kecik sgt lagi. Now dah jadik mommy. Satu hari, kita lepak2 bertiga, gossip2 yek. :p

Yg baju biru ni, mommy dia yg tudung kuning kat atas tu. Miss budak ni jgk
Paling menyayat hati terharu bila anak teruna my BFF call akak Ummie. Rasa mcm nak menitik air mata pon ada. Terus akak feeling2 mak uols. Hahahaha. My BFF merangkap sahabat dr syurga akak. Bergaduh mcm mana, bertekak berminggu minggu, akhirnya berbaik jgk. Kita dah janji yg apa pon jadik, kita akan kekal sebagai sahabat sampai mati. :)

My darling Hadyff

My Farizz n Hadyff
Gambar sumer cilok dr fb dorang :p
   



"Gombak Rinduuu"

Assalamualaikum...
Akak rindu Bront Palare akak. Tp dia kata dia mcm Ferhad. Huhuhu. Ferhad la sgt. Ferhad kot mana pon akak tak tau. Tang kulit letteww. :p. Semoga kesabaran ini memulihkan, mengeratkan, membahagiakan hubungan terlarang kaseh akak ngan Mr Bront akak. Ada rezeki, umur panjang akak ngan BFF akak plan pegi Bangkok ujung tahun ni. Harus la akak nak bawak Bront akak. 
Hensem giler. TQ Gugel


Ha ah la ada iras :p
Akak rindu nak breakfast kat Mekdi, rindu nak makan nasik arab, rindu nak lepak2 makan kuaci. Rindu nak beraktiviti berdua mcm yg lepas2. Tgk wayang seminggu 3x. Really2 miss. Takpe, Mr Bront akak pegi cari rezeki. Utk akak jgk khenn. 

Mengidam :(

Feveret time Mr Bront n akak MC :p
Pstt: Really miss ur smile, ur sweet voice

Tuesday, 17 April 2012

Wan Maimunah

Assalamualaikum uols,
Wahhh tajuk, retis gittew. Ada apa dgn Wan Maimunah? Akak minat dia ok. Sgt minat. Bawak la watak apa, pasti meletops! Watak sedih? Siap la merembes air mata, air idung. Kalo watak jahat, mak tiri ke apa, mesti benci nak mampos tgk. Apsal pulak tetiba ingat kat Kak wan kite ni, ni sbb Anugerah Bintang Popular baru2 ni dia jadik penyampai award. Kerlasss sgt topi dia uols. BFF akak siap sms suruh akak tgk. Katanya nak beli topi cenggitu supaya senang bila berjumpa org yg kita menyampah. Org tu duk belah kiri, kita pusing topi belah kiri. Begitu le sebaliknya. Teringat la dia bawak watak pompuan tua kawen muda. Laki dia Rosyam noor. Mcm mana dia nasik kangkangkan laki dia uols. Takut okeh. 

Puas akak gugel, ini ajek yg dapat. Tgk topi dia. Kerlass kan

Sunday, 15 April 2012

Battery Kembung

Gugel
Assalamualaikum uols,
Bila dah ada belog, ahkak nih ada penyakit malas pulak. Masa blog lama kena delete, sebok nak berblog. Ate guane. Nih akak nak citer pasal kesukaan akak yg baru. Dulu2 sebut ajek yogurt terus muka jadik ketat. Nak terbelahak pon ada bila disua yogurt. Yogurt yg akak boleh telan cuma lah eskrim kat tuti fruti yg cekik darah mahal nak mampos tp sedap kugagahkan jua membeli. Mcm mana ahkak boleh jatuh cinta? Bermula dr kes battery BB ahkak kembung uols. Pasal bateri tuh akak citer komdian yek. Lepas dpt bateri, akak singgah kedai nak beli air. Tp terfikir nak beli air yogurt sbb akak ada masalah berak dah 2 hari. Tp takde pulak air tu. So nak taknak kena beli yogurt yg pekat tu. Takde pilihan uols. Dlm hati dah set, sedap ke tidak, wajib telan. Sekali uolss, sedapppp sgt2. Terus rasa menyesal beli sebekas. Hahahaha.

Ni ler rupe yg akak beli perstime tu.
Hasilnya semalam akak memborong mcm2 jenis yogurt uols. Pelik sgt kenapa lah baru skrg suka benda alah ni. Now hari2 mesti at least dua bekas akak bedal. So lepas ni  harap2 akak takde masalah berak lagik. :p
Yg ni akak beli

Yg ni akak hangkut 2

Ini jgk

Dapat yg ni boleh klimax :p

Friday, 30 March 2012

Cincin

Assalamualaikum Uols,
Hari ni akak teringat nak ckp pasal cincin. Tadik opis akak di datangi pakcik cincin banyak. Serius, akak takut org pakai cincin byk nih. Selalu kan, org mcm ni mesti jenis degawan atau pak bon dlm sinetron Tentang Dhia. Tak boleh blah la tgk org lelaki pakai cincin penuh jari. Serremmm.
Pakcik gugel
Seram tak???
Idaman Qalbu :)
Tembun nye :p






Thursday, 29 March 2012

Teta

Assalamualaikum,
Mengenali anak kecil yg sgt comel ni sgt mengujakan. Jumpa kali pertama semasa sambutan hari jadi nya. Sebelom ni hanya kenal di alam maya melalui ibunya novelis tersohor Norhayati Berahim. Kami berjumpa lagi di Pesta Buku yg lepas. Qaisara aka Teta anak kecil yg bijak dan sentiasa tersenyum.
Merahnya makngah.

Birthday Girl

Teta love pink
Anak kecil ini jg sgt terpuji akhlaknya. Hasilnya akak berkenan menamakan akan sedara akak sempena nama Teta. Semoga kedua dua Qaisara menjadi anak solehah, berguna pada agama dan bangsa serta di bawah lindungan dan rahmat ALLAH sentiasa. InsyaAllah.
Adelia Qaisara with her bapak. Cukur Jambul time
Manjer Tok n Aki with maksu